Selain itu Sabah akan mendapatkan taklimat dan maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung peningkatan mendadak jumlah pengundi muda baharu susulan pendaftaran automatik Undi18.<br /><br />Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, peningkatan mendadak yang dibangkitkan itu perlu dipandang serius selain mendapat penjelasan daripada SPR.
